Taddaaaa.. ni lah yang mama maksudkan..
So far setelah survey.. rata² seller jual dr harga RM450 - RM500... Alamak!! lebih dr budget mama lah :(
Ekceli ada je menda ni yang kecil dan harga murah sket.. tapi anak mama kan 3 org.. beli besar lebih berbaloi.. Tapi mama akan cuba usahakan untuk beli Space Maze Table ni.. InsyAllah, jika Allah mudahkan dan beri jalan agar mama mampu dapatkan Space Maze seperti Allah mudahkan keluarga kita join ibadah Qurban baru² ni.. Allah maha mengetahui.. Allah tahu Mama ikhlas nak join ibadah Qurban walaupon masa Tok Mail (individu yang bertanggung jawab menyembelih haiwan untuk program Qurban) tanya tu, mama mmg xde budget langsung nk bayar utk bahagian lembu tu.. Mama setuju tanpa memikirkan mana nk dpt duit untuk bayar.. Tapi keajaiban berlaku.. Mama dapat customer yang membeli barang jualan mama.. sehingga pendapatannya cukup² untuk bayar duit bahagian lembu tu.. Dat's was miracle.. Mama dan papa gembira x terkata.. Hanya mampu bersyukur pada Allah.. Terima kasih Allah atas undangan Mu untuk 'berkorban' tahun ini.. Aku berharap tahun hadapan kami diundang lagi..
Sambung balik kisah blog walking tu.....
Mama ter'klik' blog ini DOA BUAT ALANNA http://mayyonnizz.blogspot.com/
Mama sebenarnya jarang nk baca detail² sgt citer org.. bukan x sudi.. tapi kekangan masa tu wat mama x berkesempatan untuk baca n belek2 post mereka.. Tapi entah kenapa, bila kat blog Mummy Alanna ni.. mama membaca dan terus membaca.. dr 1 post ke post yg lain.. seperti seseorang yg membaca novel untuk tahu klimaks kepada cerita yang dibacanya... Dalam pada kepoh nk tau cerita sebenar... tanpa disedari air mata mama jatuh berjujuran.. xtau kenapa begitu murah air mata mama pd ptg jumaat itu.. Dari episod suka hingga ke episod duka.. semua mama baca.. Sbg seorang Mama, jauh disudut hati ini sedih kerana Mummy Alanna kehilangan anak kecil yang dikasihinya.. Tapi yang sebenarnya, mama juga sedih kerana mama rasa seperti mensia² kan anak² mama.. Mama kurang membelai anak² mama.. Alhamdulillah, mama di beri kesedaran awal secara tdk sengaja..
Pape pun, Mama doakan Dik Nun (panggilan kpd Alanna) bahagia di syurga.. Buat Mummy Alanna, redhakan pemergian Dik Nun, InsyAllah Dik Nun tunggu Mummy di Syurga yang kekal abadi..
*Tak sanggup bercerita panjang kisah Dik Nun.. sedih sgt...
0 comments:
Post a Comment